Sunday, July 8, 2007

bunga

Berusia 24 tahun, Bunga dikatakan akan menggantikan tempat Kris Dayanti suatu hari nanti. Ramai media beranggapan Bunga boleh pergi jauh sekiranya dia mengekalkan imej bersihnya. Menghormati media, pandai menjaga diri, dan bunga juga sangat berdisiplin dalam kariernya sebagai penyanyi dan pelakon. Meskipun demikian, banyak desas desus gosip liar, pernah gempar dengan gambar seksi dan bogelnya tersebar di internet rasanya tidak mematah semangat gadis ini untuk terus berkarya.

Graduan jurusan ekonomi daru Universiti Trisakti, Jakarta ini pernah datang ke Kuala Lumpur untuk mempromosi albumnya, Cinta Pertama. Baru-baru ini (10 Mei lalu), Bunga terbang lagi ke Malaysia menyahut jemputan Tayangan Unggul Sdn Bhd untuk mempromosikan filem Cinta Pertama.

Antara lagu-lagu yang termuat dalam album Bunga Cinta Lestari:

Cinta Pertama (Sunny)
Aku Tak Mau Sendiri
Ingkar
Perih
Terpanah Asmara
Someone Like You
Saat Kau Pergi
Sampai Dihati Saja
Mengapa Harus Terjadi
Yang Lalu Biarlah Berlalu

No comments: